Sunday, September 27, 2015

AKU INGIN BERUBAH



Sepanjang menjalani hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini selama 2 tahun banyak perkara yang telah mengajar saya.Semasa disini juga saya juga telah menempuh pelbagai banyak dugaan dan cabaran.Oleh itu perkara inilah yang telah memberi saya semangat untuk berubah didalam banyak aspek semoga berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.Disini saya ingin sisipkan sebuah video daripada You Tube untuk tatapan semua.. 


WATCH.THINK.DO IT  


Perbezaan Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang









Akaun Kawalan Penghutang
Akaun Kawalan Pemiutang
Aset / liabiliti
Aset semasa
Liabiliti semasa
Debit
Semua urusniaga yang menambahkan hutang
Contohnya:
1)    Jualan secara kredit
2)    Bank ( bagi cek tak layan)
3)    Diskaun diberi ( dibatalkan)
4)    Faedah dikenakan keatas penghutang
Semua urusniaga yang mengurangkan jumlah hutang dengan pemiutang
Contohnya:
1)    Pulangan Belian
2)    Diskaun diterima
Kredit
Semua urusniaga yang mengurangkan hutang
Contohnya:
1)    Bank – Bayaran daripada penghutang.
2)    Pulangan Jualan
3)    Diskaun diberi
4)    Hutang lapuk
Semua urusniaga yang menambahkan jumlah hutang dengan pemiutang.
Contohnya:
1)    Faedah dikenakan oleh pemiutang
2)    Angkutan dikenakan oleh pemiutang
3)    Belian secara kredit
 






Kawalan tunai dan Penyata penyesuaian bank.

Apa itu Kawalan tunai......

Bermaksud kawalan dalaman yang berkaitan dengan pengawasan dan pengendalian tunai perniagaan. Melalui,kawalan tunai pihak perniagaan dapat mewujudkan satu sistem kawalan tunai yang berkesan. Oleh itu,segala urusniaga yang melibatkan tunai perlu disokong dengan dokumen yang sah. Kawalan tunai juga membantu peniaga membuat peruntukkan supaya mempunyai tunai yang cukup untuk membiayai perbelanjaan operasi perniagaan.


Tujuan kawalan tunai :

Mengelakkan berlakunya kehilangan tunai.  
    •Memastikan mendapat tunai yang cukup untuk belanja operasi perniagaan .
Mengelakkan berlakunya kehilangan hasil akibat tunai yang terbiar.


Penyata Penyesuaian Bank  

Penyata yang disediakan oleh peniaga untuk menyesuaikan baki penyata Bank dan buku tunai.



Tujuan Penyata Penyesuaian bank :


  • Menyelaraskan baki buku tunai dan baki penyata bank. 
  • Memastikan ketepatan dan kesahihan buku tunai 
  • Memastikan jumlah tunai yang sebenar yang berada dalam akaun semasa di bank. 
  • Mengemaskini buku tunai. 


       










Ta