Monday, September 21, 2015

Badan Profesional Perakaunan di Malaysia

Terdapat beberapa Badan Profesional yang bertindak dalam bidang perakaunan di Malaysia.
Antaranya ialah :

  Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia/ Malaysian Accounting Standard Board– (MASB )  


      Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1977.Lembaga ini mempunyai kuasa tersendiri untuk memaju dan menerbitkan piawaian perakaunan dan laporan kewangan di Malaysia.

·         Fungsi dan kuasa MASB;

  1.    . Menerbit piawaian perakaunan baru
  2.      .  Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada
  3.      Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan
  4.      Melaksanakan tugas sebagai penasihat awam    

     Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia /Malaysian Institute of Certified Publics Accountants – (MICPA)     
      Ditubuhkan pada tahun 1965 di bawah Akta Syarikat 1965.  Bertujuan untuk memajukan profesion perakaunan di Malaysia dengan memberi latihan dan peperiksaan. Untuk menjadi ahli MICPA:  
            I.            Lulus semua bahagian peperiksaan yang dikendalikan.
           II.            Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun. 
    Institut akauntan Malaysia / Malaysia Institute of Accountants - (MIA)  


    Di tubuhkan di bawah Akta Akauntan 1967.  Bertujuan untuk memperkembangkan profesion perakaunan di  Malaysia dan bertindak sebagai pendaftar  akauntan. Ahli-ahli MIA digelar akauntan awam (PA), akauntan berdaftar (RA) dan akauntan berlesen (LA).   
    Chartered Institute Management Accountant - (CIMA)   

    Ditubuhkan dengan nama Institute Of Cost And Works Accountants (ICWA) pada tahun 1919.Sekarang ini dikenali sebagai CIMA yang telah ditukar pada tahun 1972.CIMA merupakan badan profesional yang mendapat pengiktirafan daripada negara-negara Komanwel.
       Penubuhan CIMA ini bertujuan melahirkan akauntan profesional yang mahir mengurus dan mentadbir perniagaan serta menangani perubahan yang berlaku dalam perniagaan dengan baik.   
   The Associations Of Charted Certified Accountants (ACCA) 
  
   ACCA telah ditubuhkan pada tahun 1904 dengan nama London Association of Accountants sebelum ditukarkan kepada  Chartered Association of Certified Accountants pada tahun 1984.  Pada tahun 1996,nama badan ini telah ditukar kepada ACCA. Fungsi ACCA ialah menyokong ahli - ahli dalam profesion perakaunan. ACCA juga memainkan peranan dalam memberi pendedahan tentang peraturan serta undang - undang berkaitan dengan amalan  perakaunan,kod amalan perakaunan dan etika profesion perakaunan.








  
     

b  






No comments:

Post a Comment